Guru adalah orang yang paling rapat dengan kita selain daripada ayah dan ibu. Guru mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna untuk faedah diri seseorang.
Jika ibu bapa telah bersusah payah memelihara dan mencari rezeki untuk memajukan pelajaran anak - anak mereka, maka guru telah memberikan ilmu pengetahuan yang amat berguna untuk kehidupan masa depan seseorang. Oleh itu memang wajarlah para pelajar menghormati guru dengan sentiasa beradab semasa bersama guru di bilik darjah atau di mana sahaja...
BINCANGKAN 3 ELEMEN ADAB TERHADAP GURU :
1. MEMBERI SALAM KEPADA GURU
2. SENTIASA MENDENGAR NASIHAT GURU
3. TIDAK BOLEH BERBOHONG KEPADA GURU
salam..adab terhadap guru skrg semakin krang diambil prhatian lbih2 lg bg murid2 yg sudah mningkt rmaja,apa pndangan anda smua mengenai ini.
BalasPadamwassalam...
Padampelajar sekarang dia fikir dia dah besar dah tak payah dibimbing lagi..padahal banyak benda yang perlu dipelajari lagi...
apakah ciri-ciri seorang guru yang cemerlang??
BalasPadamremaja sekarang begitu berbeza dengan zaman kita dahulu..nampak cikgu pun takut..nak lalu depan bilik guru pun seram..takut kena marah..tp murid sekarang bukan kata takut ,selamba jer dia lalu malahan barang2 cikgu pun dia berani selongkar..KEMANAKAH PERGINYA HORMAT ANAK MURID TERHADAP GURUNYA...
Padammasalahnya sekarang ibu bapa sekarang 100% menyerahkan kepada pihak sekolah untuk mendidik anak - anak mereka sedangkan merekalah teraju utama anak - anak mereka..kita sebagai guru hanya menyumbangkan ilmu,ibu bapa lah yang mempraktikalkan di rumah...
Padamtanggungjawab guru pada masa sekarang amat berat diharap guru - guru terus bersemangat dalam mendidik anak - anak zaman sekarang...
Padambetul tu eda, berat sangat tanggungjawab guru ni...bayangkan ada ibu bapa datang sekolah marah2 cikgu kerana marah anak mereka..sedangkan anak mereka ni kat umah bukan main baik tapi kat sekolah,nauzubillah...allah taala je yang tahu..
Padamsepatutnya bila berlaku perkara macam ni,ibu bapa datang jumpa guru ucap terima kasih kerana jalankan tanggungjawab bukannya marah2..patut la kalau anak tak pandai hormat guru...
PadamGuru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.
PadamSalam,apa pendapat cikgu Niza tentang segelintir guru yang tidak mempunyai akhlak yang baik?
BalasPadamWassalam...terima kasih atas soalan ni sebenarnya bukannya tak ada guru yang tak ada akhlak..ada sebenarnya lagi la di kalangan guru agama macam kita ni..bagi pendapat saya guru agama macam kita ni kalau tak ada akhlak baik berhenti je cari kerja lain..macamana nak bimbing dan mendidik anak bangsa kita menjadi orang yang berakhlak kalau pentolnya sendiri tak betul..ibubapa beri amanah kepada kita untuk mendidik dan membimbing anak-anak mereka jadi kita kena la perbaiki diri kita dulu...
PadamSalam..betul tu..guru merupakan cerminan kepada anak -anak bangsa kita..kalau cikgu sendiri akhlaknya tak elok macamana la ibubapa nak beri kepercayaan kepada kita...
Padam