Selasa, 27 Disember 2011

ISI KANDUNGAN

PENGERTIAN ADAB :
Pada bahasa ialah kesopanan,kehalusan dan kebaikan budi pekerti..
pada istilah pula,satu sifat yang tertanam dlm jiwa yg daripadanya timbul perbuatan2 dengan mudah yang tidak memerlukan pertimbangan akal terlebih dahulu........
Kecemerlangan diri seseorang sering dikaitkan dengan adab yang terdapat pada diri mereka. Walaupun seseorang itu berjaya dalam sesuatu bidang seperti bidang akademik, kerjaya, perniagaan dan sebagainya tetapi masih tidak mempunyai adab maka mereka boleh dianggap seorang yang gagal dalam kehidupan yang sebenarnya..

GURU adalah orang yang mulia di sisi Allah S.W.T.Kemuliaan ini diberi oleh Allah kepada mereka lantaran usaha mereka memberi bimbingan dan panduan yang sempurna bagi memudahkan seseorang itu mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.Justeru besarnya peranan dan pengorbanan guru dan pendidik maka sudah sewajarnya para pelajar menghargai dan mengenang jasa serta sumbangan mereka. Untuk menyatakan penghargaan tersebut, terlebih dahulu pelajar hendaklah mengetahui hak - hak yang perlu dipenuhi dengan menunaikan tanggungjawab terhadap guru yang telah berusaha tanpa mengira penat lelah mendidik mereka..
ELEMEN -ELEMEN UTAMA ADAB TERHADAP GURU :
1. Memberi salam kepada guru.
2. Berjabat tangan dengan guru.
3. Berkata perkataan yang baik.
4. Menjawab dengan sopan apabila guru bertanya.
5. Sentiasa mendengar nasihat guru.
6. Tidak boleh berbohong kepada guru.

8 ulasan:

  1. sememangnya guru tu sangat mulia kerana kelebihannya memberi ilmu dan didikan, memberi sesuatu yang tak mampu diberikan oleh ibubapa..maka murid / pelajar dan ibubapa perlu menghargai mereka.hanya perlu ADAB dengan guru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guru telah melahirkan ramai doktor, peguam, pensyarah,akauntan dan yang penting sekali perdana menteri... fikirkan,jika tanpa guru apa yang dapat kita lihat hari ini??mungkinkah ramai yang menderita kesakitan, kebenaran tidak akan diadili,dan mungkin kita juga tidak merasa untuk menikmati menaiki kenderaan mewah dan sebagainya...

      Padam
  2. Kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima daripada guru tidak berkat. Apabila dewasa, dan mungkin memegang jawatan yang tinggi sekalipun hendaklah sentiasa menghormati guru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul guru merupakan ibu bapa kedua kita.Nasihat dan tunjuk ajar amat berguna sebagai pengajaran.

      Padam
  3. Balasan
    1. Betul tu ida,jasa guru memang tiada tandingannya..tanpa guru tiadalah ilmu yang bermanfaat yang dapat dijadikan sebagai pengajaran..

      Padam
  4. tahniah!semoga blog ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar .

    BalasPadam
  5. Terima kasih kak lid,banyak lagi pengisian yang kena tambah ..almaklum la baru belajar..terima kasih kepada DR zaidatun kerana telah banyak membimbing kami dalam membuat blog..tanpa cikgu kita semua tak akan pandai buat blog...

    BalasPadam