Selasa, 27 Disember 2011

SOALAN LATIHAN

1. APAKAH PENGERTIAN ADAB PADA BAHASA ?
 A . KESOPANAN          C . KEBURUKAN
 B . KEJAHATAN            D . KEADILAN

2. APAKAH ELEMEN ADAB TERHADAP GURU ?
 A . BERMASAM MUKA     C . MENDENGAR NASIHAT
 B . SUKA BERBOHONG     D . BERKATA YANG BURUK

3. PILIH KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI JIKA BERADAB DENGAN GURU ?
 A . BEROLEH KEJAYAAN       C . MENDAPAT HADIAH
 B . BEROLEH KEGAGALAN    D.  MENDAPAT DOSA

AKTIVITI PERBINCANGAN

Guru adalah orang yang paling rapat dengan kita selain daripada ayah dan ibu. Guru mengajar dan menyampaikan  ilmu pengetahuan yang berguna untuk faedah diri seseorang.
Jika ibu bapa telah bersusah payah memelihara dan mencari rezeki untuk memajukan pelajaran anak - anak mereka, maka guru telah memberikan ilmu pengetahuan yang amat berguna untuk kehidupan masa depan seseorang. Oleh itu memang wajarlah para pelajar menghormati guru dengan sentiasa beradab semasa bersama guru di bilik darjah atau di mana sahaja...

BINCANGKAN 3 ELEMEN ADAB TERHADAP GURU :
 1. MEMBERI SALAM KEPADA GURU
 2. SENTIASA MENDENGAR NASIHAT GURU
 3. TIDAK BOLEH BERBOHONG KEPADA GURU

ISI KANDUNGAN

PENGERTIAN ADAB :
Pada bahasa ialah kesopanan,kehalusan dan kebaikan budi pekerti..
pada istilah pula,satu sifat yang tertanam dlm jiwa yg daripadanya timbul perbuatan2 dengan mudah yang tidak memerlukan pertimbangan akal terlebih dahulu........
Kecemerlangan diri seseorang sering dikaitkan dengan adab yang terdapat pada diri mereka. Walaupun seseorang itu berjaya dalam sesuatu bidang seperti bidang akademik, kerjaya, perniagaan dan sebagainya tetapi masih tidak mempunyai adab maka mereka boleh dianggap seorang yang gagal dalam kehidupan yang sebenarnya..

GURU adalah orang yang mulia di sisi Allah S.W.T.Kemuliaan ini diberi oleh Allah kepada mereka lantaran usaha mereka memberi bimbingan dan panduan yang sempurna bagi memudahkan seseorang itu mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.Justeru besarnya peranan dan pengorbanan guru dan pendidik maka sudah sewajarnya para pelajar menghargai dan mengenang jasa serta sumbangan mereka. Untuk menyatakan penghargaan tersebut, terlebih dahulu pelajar hendaklah mengetahui hak - hak yang perlu dipenuhi dengan menunaikan tanggungjawab terhadap guru yang telah berusaha tanpa mengira penat lelah mendidik mereka..
ELEMEN -ELEMEN UTAMA ADAB TERHADAP GURU :
1. Memberi salam kepada guru.
2. Berjabat tangan dengan guru.
3. Berkata perkataan yang baik.
4. Menjawab dengan sopan apabila guru bertanya.
5. Sentiasa mendengar nasihat guru.
6. Tidak boleh berbohong kepada guru.

Selasa, 20 Disember 2011

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Menghayati adab - adab terhadap guru
2. Memahami dan mengamalkan adab - adab terhadap guru.
3. Mengetahui kepentingan beradab dengan guru. 
4. Melahirkan pelajar serta masyarakat yang beradab...

TUJUAN UTAMA

Tujuan blog ini dihasilkan untuk membincangkan elemen - elemen utama ADAB TERHADAP GURU

Sabtu, 3 Disember 2011